Sejarah

Muzium DiRaja Abu Bakar
Istana Besar Johor

Sejarah Muzium DiRaja Abu Bakar 
Istana Besar Johor

Pembinaan bangunan Istana Besar Johor yang tersergam indah ini telah dititahkan sendiri oleh Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda telah mencemar duli meletakkan batu asasnya pada tahun 1864. Istana Besar Johor siap dibina dan dibuka pada 1 Januari 1866 iaitu sama tarikh penamaan semula Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Istana Besar Johor merupakan antara bangunan yang terawal di Johor Bahru dan mempunyai keluasan 53 hektar yang merangkumi kawasan Taman Botani dan Zoo Negeri Johor.

Reka bentuk bangunan ini mempunyai unsur-unsur zaman Renaissance dan pengaruh Inggeris-Melayu yang begitu ketara. Pembinaannya telah dikendalikan oleh kontraktor Wong Ah Fook bersama-sama pekerja tempatan, diselia oleh Dato’ Yahya bin Awaluddin sebagai jurutera dan arkitek Eropah. Bangunan Istana Besar Johor telah beberapa kali mengalami proses pengubahsuaian. Pada tahun 1912, bangunan anjung di sebelah timur telah diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan Dewan Santapan yang masih kekal sehingga kini.

Pada 23 Februari 1982, Almarhum Sultan Iskandar telah menitahkan agar Istana Besar Johor dijadikan sebagai sebuah Muzium DiRaja, di samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah istana. Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor secara rasminya dibuka kepada umum pada tanggal 11 Mei 1990, dimana segala kahzanah dihimpun dan dipaparkan kepada pengunjung melalui penyelidikan dan pameran.

GARIS MASA

Muzium DiRaja Abu Bakar
Istana Besar Johor

Museum Image

Maharaja Abu Bakar telah merasmikan Majlis Pecah Tanah untuk pembinaan Istana Besar Johor.

Museum Image

Istana Besar telah siap dibina oleh kontraktor Wong Ah Fook pada 1 Januari 1866 iaitu sama tarikh penamaan semula Iskandar Puteri kepada Johor Bahru.

Museum Image

Dato' Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja Johor memindahkan jentera pentadbiran negeri termasuk sekreteriat, perbendaaharaan, kastam, tanah dan ukur serta Pendidikan ke Istana Besar.

Museum Image

Dewan Cina siap dibina dan dirasmikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 20 September 1875.

Museum Image

Dewan Santapan di bahagian timur bangunan asal Istana Besar dibina dibawah kelolaan Dato’ Yahya bin Awaluddin.

Museum Image

Almarhum Sultan Iskandar telah menitahkan supaya Istana Besar dijadikan sebagai Muzium DiRaja dengan mengekalkan peranan asal sebagai Istana Besar pada 23 Februari 1982.

Museum Image

Kerja pemulihan dan menaiktaraf bangunan Istana Besar siap disempurnakan. (Dinding berwarna putih dan bumbung berwarna biru).

Museum Image

Muzium DiRaja Abu Bakar telah dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 11 Mei 1990.

Museum Image

Kerja konservasi bangunan Istana Besar (warna asal dinding kuning dan bumbung berwarna terracotta) siap sepenuhnya.

Museum Image

Persediaan pembukaan semula Muzium DiRaja Abu Bakar kepada orang awam.

Museum Image

testing