Organisasi 

Muzium DiRaja Abu Bakar
Istana Besar Johor

Misi

  • Memantapkan muzium sebagai pusat kegiatan penyelidikan dan perkembangan budaya.
  • Melestarikan warisan Kesultanan Johor dalam bentuk ketara dan tidak ketara melalui pameran, penyelidikan dan penerbitan bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada umum.
  • Meningkatkan profesionalisme dalam bidang Permuziuman.
  • Memantapkan penyelidikan, pengurusan koleksi, konservasi, pameran dan pendidikan mengikut piawaian antarabangsa.
  • Meluaskan jaringan kerjasama pintar dengan Institusi Pemuziuman, Arkib, Penyelidikan dan Pengajian Tinggi secara Global.

Visi

  • Menyimpan, memulihara, menyelidik, mempamer dan menerbitkan segala khazanah sejarah warisan Kesultanan Johor Darul Ta’zim agar terus dihayati.
  • Menimbulkan semangat cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim.
  • Menjadi Institusi Pemuziuman yang profesional dan bertaraf global.

Objektif

  • Objektif penubuhan Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor ini bertujuan menghidupkan kembali keunggulan dan kedaulatan Kesultanan Johor, Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga.
  • Muzium ini menjadi pusat sumber maklumat dan rujukan kepada pelajar, penyelidik dan orang ramai mengenai sejarah institusi Kesultanan Johor.
  • Selain itu, muzium ini sebagai pusat memelihara dan memulihara harta warisan Kesultanan Johor dalam bentuk ketara dan tidak ketara selain mendokumentasikan jasa dan sumbangan Kesultanan Johor serta merealisasikan perkembagan sejarah Kesultanan Johor.
  • Muzium ini juga menjadi destinasi tarikan pelancong berasaskan pendidikan sebagai sumbangan dalam industry pelancongn negara.

Piagam Pelanggan

Kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelawat yang berurusan dengan kami seperti berikut:

  • Menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang selesa kepada pelawat.
  • Memberi maklumat kajian sejarah seni dan budaya kepada penyelidik, pelajar, dan pelawat berkaitan dengan Institusi DiRaja Johor.
  • Memantapkan pengurusan koleksi, khususnya milik Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan kerabat-kerabat dengan segala maklumat lengkap.
  • Bersedia memberi khidmat kepakaran pemuziuman kepada Institusi dan orang perseorangan yang memerlukan.
  • Mempamerkan artifak-artifak yang bernilai tinggi untuk sejarah Institusi DiRaja Johor mengikut piawaian antarabangsa.
  • Menyediakan pemandu pelancong yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memberikan penerangan yang tepat kepada pelawat.
  • Cadangan dan aduan rasmi akan diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.