Bahagian

Muzium DiRaja Abu Bakar
Istana Besar Johor

KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Termasuk Pentadbiran kakitangan dan muzium, Unit Perkhidmatan untuk kakitangan dan Unit Kewangan untuk pengurusan:
    • Menguruskan dan melaksanakan Pentadbiran Am
    • Hal Ehwal Perjawatan
    • Perkhidmatan /latihan pegawai dan kakitangan
    • Menguruskan pembangunan Sistem Hrmis / 1Speks
    • Pengurusan Belanjawan Mengurus dan Pembangunan
    • Pengurusan Wang Hasil Jabatan
    • Pengurusan Perakaunan Kewangan
    • Pengurusan Aset dan Stor
  2. Bertanggungjawab sebagai jurucakap berkenaan sejarah dan koleksi Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor dalam penyampaian maklumat.
  3. Merancang dan menguruskan perhubungan media dan publisiti serta memupuk hubungan baik dengan media tempatan.
  4. Mengurus dan membuat perancangan acara kepada jabatan.
  5. Menguruskan bahan penerbitan korporat jabatan.
  6. Mengurus sebarang maklumat balas dan aduan yang diterima oleh jabatan melalui Sistem SISPAA dalam Portal Rasmi Muzium.
  7. Memantau dan menilai isu-isu semasa dari akhbar yang dilanggan.
  8. Melaporkan kepada ketua penyelenggara sekiranya terdapat kerosakan teknikal yang berlaku di bangunan muzium.
  9. Mengawal setiap operasi CCTV di bangunan Istana Besar dan Bangunan Dewan Cina.
  10. Melaporkan kepada kakitangan / anggota polis yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pencerobohan atau masalah yang boleh mengancam keselamatan artifak / aset di Bangunan Muzium.

PERMUZIUMAN

  1. Unit Konservasi
    • Melaksanakan kerja-kerja penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan koleksi muzium bagi tujuan pameran, simpanan, pendidikan dan dokumentasi.
    • Membuat kerja-kerja penyelidikan konservasi ke atas koleksi yang dihantar ke makmal / lapangan termasuk artifak yang dipulihara di luar makmal bagi mengenalpasti jenis bahan, cara pembuatan dan punca-punca kerosakan.
    • Menyediakan laporan dan kaedah rawatan yang dilalui oleh setiap artifak.
  2. Unit Pendaftaran
    • Menyemak notifikasi penyelenggaraan berkala pada semua koleksi-koleksi dan artifak-artifak yang berada dalam simpanan unit ripositori.
    • Memproses permohonan peminjaman koleksi-koleksi dan artifak-artifak dari unit-unit dalaman atau pihak luar.
    • Menyediakan nombor pendaftaran pada koleksi-koleksi dan artifak-artifak yang diterima.
  3. Unit Pameran
    • Pameran merupakan peneraju utama Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor. Pameran ini terdiri daripada pameran tetap, pameran sementara, pameran khas dan pameran bergerak (pengembangan sejarah, budaya, warisan dan alam semula jadi).
    • Membuat cadangan susur atur pameran berdasarkan jalan cerita yang disediakan oleh Bahagian Penyelidikan.
    • Menyediakan skop kerja pameran untuk tujuan penyediaan dokumen tender.
    • Membuat kerja-kerja peragaan terhadap bahan-bahan dan artifak-artifak yang telah dikenalpasti.
    • Melaksanakan pelbagai program pendidikan bagi menyebar luas penerangan berkaitan sejarah dan kebudayaan DiRaja Johor.
    • Menyediakan “Jalan Cerita Pameran” mengikut tema yang ditetapkan untuk tujuan diserahkan ke Bahagian Pameran.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

  1. Unit Penyelidikan
    • Mengkaji mengenai Kesultanan dan artifak yang terdapat di muzium.
    • Membuat kerja-kerja penyelidikan sejarah mengenai Kesultanan Negeri Johor untuk tujuan pengumpulan data dan maklumat.
    • Penyelidikan melibatkan penyelidikan keluar pejabat atau keluar negeri dan keluar negara.
    • Membuat penyelidikan terhadap artifak–artifak sedia ada mengenai sejarah dan kepentingannya.
    • Melaksanakan kembara nekad untuk tujuan mencari bukti-bukti sejarah.
    • Mengenalpasti untuk membuat perolehan artifak sebagai bukti sejarah dan penyimpanan.
  2. Unit Dokumentasi
    • Melaksanakan kerja-kerja pendokumentasian dengan cara sistematik dan saintifik.
    • Menyediakan gambar-gambar termasuk 3D.
    • Membuat kerja-kerja dokumentasi sebelum, semasa dan sesudah artifak di rawat.
    • Mengumpul gambar-gambar berkaitan aktiviti muzium dan istiadat DiRaja.
  3. Unit Pembangunan
    • Penyediaan laporan projek pembangunan dan program muzium.
    • Penyediaan dokumentasi projek-projek di muzium.
    • Penyediaan anggaran bajet pembangunan pada setiap tahun.
    • Penyediaan maklumat hasil penyelidikan yang dibuat.
  4. Unit Perpustakaan
    • Penyusunan semula, membuat senarai semakan dan pemuliharaan dokumen kotak Arkib yang telah dipindahkan ke Perpustakaan Muzium DiRaja Abu Bakar.
    • Menyusun semula album dan buku-buku lama di dalam rak yang ditetapkan.
    • Mengumpul keratan akhbar berkaitan Kesultanan Johor dan selain Johor.